MySpace

Mis3fa's weblog

mis3fa



Last Updated: 12/30/2007

Send Message
Instant Message
Email to a Friend
Subscribe

Gender: Female
Status: Single
Age: 26
Sign: Sagittarius

City: Kota Kinabalu
Country: MY
Signup Date: 1/7/2005

Blog Archive
[Older      Newer]
 /  / 
Friday, December 21, 2007 12:00 PM

Aku nak balik dah nie.. napa la orang nie tak sampai2 lagi.. Kang aku balik.. aku lak susah ati orang tu minta tolong buat surat cuti..

Aku dah pening yang teramat dah ni hadap pc lelama...

***

Abang aku lak... tak pandai nak msg. Cuma petang tadi jer kita tanya dia pasal ada satu no tu g mizcal. Tu jer dia reply.. pastu.. senyap dah..

Wednesday, December 19, 2007 4:57 AM

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

 

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

 

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,

 

"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6?,

 

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,

 

"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

 

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

 

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

 

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

 

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

 

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

 

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

 

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

 

Abu: Bersalaman

 

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

 

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

 

Abu: Khemah

 

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

 

Abu: Cincin perkahwinan

 

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

 

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh

 

Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

 

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

 

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

 

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

 

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

 

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata

 

"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

 

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

 

Wallahu a'lam

Wednesday, December 19, 2007 3:07 AM

Category: Romance and Relationships

aku nak berjiwang kejap....

Meet Uncle Hussain ~ Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

**
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

(ulang **)

Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa…hoa….hoa…..

(ulang **)

Sunday, December 16, 2007 10:03 AM

Category: Romance and Relationships
Rindu aku datang lagi... bagaimana harus ku hadapi... berapa lama lagi harus ku tunggu....
Saturday, December 15, 2007 12:34 AM

Category: Romance and Relationships

Alhamdullilah demam abang aku dah kurang.. Patutnya semalam dia balik kg... Saya doakan abang aku sihat.. Cepat sembuh...Insyallah..

Sayang sangat kat abang :)

Friday, December 14, 2007 2:46 AM

.. Salam all, setelah sekian lama aku join myspace nie.. Ini kali pertamanya aku taip dan menaip dalam blog nie...Aku memang kurang urusan pasal menda benda begini.. :)

Rupanya banyak lagi aku tak xplore dalam nie.. mmm...

Thursday, December 13, 2007 3:50 PM

Current mood:  calm
Category: Religion and Philosophy

Beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot.com)

1.Tudung 'Mickey Mouse'

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung 'Singlet'

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman ALLAH yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…"