MySpace
myspace music


REVENGE (Malaysia)



Last Updated: 1/7/2010

Send Message
Instant Message
Email to a Friend
Subscribe

Status: Single
City: Central Market, Kuala Lumpur, MALAYSIA
State: Asia
Country: MY
Signup Date: 5/4/2006

Blog Archive
[Older      Newer]
 /  / 
Friday, September 18, 2009 

Current mood:  adored
Category: Blogging

Fesyen cuti sekolah ‘rockers’ Kuantan

SEBILANGAN remaja yang berpeleseran dengan penampilan era ‘Rock Kapak’ era 1980-an ini menimbulkan rasa kurang senang warga Kuantan semalam.

KUANTAN(15jun09) – Sekali pandang, mereka umpama anggota kumpulan muzik rock yang sedang berehat sementara menunggu konsert.

Pandangan yang lebih teliti kemudiannya mengesahkan bahawa geng anak-anak muda itu bukan pemuzik tetapi remaja yang lepak menghabiskan cuti sekolah.
Jika niat mereka untuk menarik perhatian, ia ternyata berjaya.

Dengan memakai rambut palsu serta mengenakan pakaian ketat sama seperti era ‘Rock Kapak’ yang terkenal pada dekad 1980-an, kumpulan anak-anak muda itu berkumpul di tempat-tempat awam seperti di medan niaga dekat Jalan Beserah, di sini.
Namun, kehadiran mereka tidak disukai sesetengah pihak.

Ada penduduk dan peniaga mendakwa sebahagian daripada ahli kumpulan itu adalah pelajar sekolah yang biasa melepak di situ selepas sesi persekolahan.

Menurut peniaga, R.Siva, 37, kehadiran kumpulan remaja berkenaan sejak beberapa hari lalu di kawasan tersebut menyebabkan orang ramai berasa jelik.

ikot kepada tmpt di ambil gambar ni terletak di tepi stesen petrol BHP berhampiran MS Garden Hotel...
Friday, March 27, 2009 

Category: MySpace

HELP US ROCKIN' BY SPREADING THIS NEWS





After receiving lots of REQUESTS, we are f**kin' proudly presents REVENGE's FACEBOOK profile. Thus, you have another options to view our updates, next shows and news on FACEBOOK as well. Thank you and keep rockin'


Selepas menerima banyak PERMINTAAN, kami dengan bangganya melancarkan profil FACEBOOK REVENGE. Oleh itu sekarang lu semua boleh mengikuti berita, perkembangan kami, dan gig-gig hadapan melalui FACEBOOK. Terima kasih...dan JOM KITA KASI PECAHHH!!!



LINK: http://www.facebook.com/pages/REVENGE/57460518767

JOM KITA KASI PECAHH!!!



Friday, January 02, 2009 

Category: Music
"Revenge" Evolusi Rock Kapak
source:
www.jomstar.com




Oleh: Azizul Zainal
Foto: Mixterr / Dowan

Revenge merupakan artis kumpulan terbaru 'independent band' yang berada di pasaran, Revenge mungkin agak asing bagi sesetengah orang, namun kumpulan ini sudah bertapak hampir tiga tahun di dalam industri muzik.

Kemunculan mereka dalam industri muzik masih baru dan tidak ramai mengenali meraka namun, bakat besar mereka membawakan versi "heavy metal/rock kapak pasti menarik perhatian ramai untuk melihat sejauh manakah kemampuan mereka, dan adakah mereka mampu pergi jauh dalam industri ini?

Ayid, 28, merupakan vokalis Revenge, ketika di tanya, kemunculaan pada peringkat awal banyak dugaan yang dilalui, dari segi kos untuk bergerak dan banyak wang yang di belanjakan ketika pembikinan kumpulan ini, ujarnya.



Heavy Metal, New Wave Old British Heavy Metal, Hard Rock Music dan Glam Rock merupakan versi yang di bawa oleh Revenge.

Penerimaan masyarakat pada permulaan agak pelik, disebabkan pakaian yang digunakan dan juga imej membuatkan orang ramai mengata, tegasnya. Namun perkara itu di ketepikan kerana muzik itu merupakan seni yang dihasilkan melalui hati seseorang dan bukan dari pandangan seseorang.

Walaupun  industri muzik di Malaysia tidak begitu membanggakan, namun Revenge bertekad untuk terus berusaha demi mencapai matlamat mereka, dengan keazaman anak muda ini mereka tetap akan terus berjuang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Konsert Rock The World 8 adalah konsert terbesar bagi Revenge.

Apa pun kepada semua independent band  fokus itu penting, mempunyai hala tuju, sanggup berkorban masa serta bersungguh-sunguh melakukan sesuatu kerja dan yang paling penting jujur pada diri sendiri tegas Ayid, dan ingatlah pembawakan biarlah berpada-pada dan jangan sehingga melanggar hukum syarak.

Kepada semua peminat, Revenge akan mengadakan konsert terbaru pada 24 Januari pada pukul 3 petang di MCPA Hall, Kuala Lumpur bersama Rosli Mohalim, pemain gitar utama Sweet Charity.Bagi para peminat setia Revenge yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti dan perkembangan mereka bolehlah melayari laman www.myspace.com/revengers.
Tuesday, December 09, 2008 
ROK N ROL HERO
song by: Doddie REVENGE/Ayid REVENGE


terpana...terpesona

lagak gila
persis bintang batu

lihat..lihat..lihat caraku
seluar ketat berjaket biru
tiru..tiru..tiru gayaku
berambut 'mullet' mengurai bahu

c/o:
ROK N ROL HERO
INI DUNIAKU OHH OHH
ROK N ROL HERO
MARI BERSAMAKU
ROCK UUUHH! (ROCK N ROLL/ROK N ROL HERO)

gelinya melihatmu
sang 'jiwa kosong'
pahit-manis layan muzik
mat jiwa-jiwa

mari..mari..mari ke sini
belajar dulu baru lu tahu
jerit..jerit..jerit dan laungkanlah
lagu HEAVY METAL MELAYU

c/o 2x

-solo-

c/o 2x



Thursday, October 23, 2008 

Category: Blogging

REVENGE ARTICLE IN GUAMUZIK.COM
Source: www.guamuzik.com.my

..TR>..TABLE> ..tr>..table> ..tr>..table>

by Izuan Shah

 

17 Oktober 2008

Untuk setiap benda, istilah atau orang, pasti ada yang suka dan ada yang benci; ada yang percaya, ada yang tak, dan mungkin ada yang belum dapat masuk lagi. Kini mereka tanya: "Adakah anda cukup 'rock' untuk Revenge?"

Kumpulan Revenge merupakan 'rock star' generasi baru yang mahu mengembalikan zaman kegemilangan 'rock kangkang' yang sebati dengan jiwa mereka. Jikalau anda belum tahu (dan rasanya ramai yang masih belum sebenarnya), Revenge juga berjanji, bahawa anda akan dengar dari mereka pada tahun 2009. Ataupun bak kata Ayid, vokalis ekstrovert mereka – mereka akan "kasi pecah!" tibanya tahun baru.

Idola mereka bukanlah nama-nama baru seperti Search, Wings, Iron Maiden, Judas Priest dan Loudness. Lagu-lagu mereka mempunyai judul-judul seperti "Emily 2008", "Wild ... Wild ... Wild" dan "Rokku Japarena"! Dan yang paling gempak sekali, nama mereka diilhamkan oleh "Izzy Revenge", watak Mark Wahlberg daripada filem 'Rock Star'.

Dengan rakaman EP mereka yang pertama iaitu 'Legends of Rock & Roll', Revenge kini memperjuangkan dengan sepenuh hati dan batin impian mereka untuk merasakan bara 'heavy metal' ataupun rock kangkang zaman 70-an dan 80-an yang gilang-gemilang dan kekal legenda sehingga sekarang. Cuba bayangkan, baju dan poster mereka tertera dengan slogan-slogan seperti "I Love Rock Kangkang" dan "Heavy Metal Or Die"!

"Dulu kita orang tak berpeluang untuk 'join' sekali era tu, yelah kecik lagi, jadi sekarang kita nak wujudkan balik untuk generasi kita, apa yang berlaku pada waktu itu. Ya, tak salah untuk orang kata, memang kita nak jadi rock star besar!" ujar Ayid, menerangkan keadaan dan membakar semangat Revenge serta pengikut dan peminat mereka, yang digelar 'Revenge Army'. Pasar Seni pula menjadi markas utama, dan pusat budaya itu dijadikan 'port' utama kegiatan 'band' mereka, dimulakan dengan jualan kemeja-t dan juga lain-lain barang borongan berlogo "Revenge".

Revenge dianggotai lima anak jantan termasuk Ayid, gitaris Doddie, bassis dan penyanyi latar Arrul , Wak selaku pemain dram dan yang terbaru, Buset di posisi gitar. Antara pencapaian yang boleh dibanggakan mereka setakat ini selain mengeluarkan 'Legends of Rock & Roll' termasuklah menjadi akta pembuka konsert untuk nama-nama besar seperti Wings dan XPDC.

Mereka juga telah digelar antara band baru terbaik dan juga band 'live' yang menarik oleh majalah rock utama tanahair, R.O.T.T.W. Majalah muzik metal terkemuka US, 'Revolver', juga memberi pengiktirafan kepada muzik Revenge, tidak lain dan tidak bukan oleh eksekutif editornya sendiri, Brandon Geist.

Dan menurut Ayid, mereka tidak akan berhenti di takat ini sahaja. Ikuti temuramah bersama penyanyi yang jujur, berkarisma dan sedikit kontroversi ini.

Kemunculan Revenge boleh dianggap sebagai sesuatu yang segar di zaman budaya ultra-moden kini. Apakah sebab utamanya kumpulan Revenge ini ditubuhkan?
Ayid Revenge: Terima kasih. Benda ini sebenarnya tak segar, ia lama (ketawa). Tetapi sekarang ni macam ia segarlah. Rock Malaysia dulu, top, mainstream, memang tapau (kesemuanya). Tapi sekarang terbalik, 'rock' pulak yang ditapau sistem. Sejak Tok Mat potong rambut Amy dengan Awie ... benda-benda itu yang 'stop'-kan rock kat Malaysia. Sampailah apa yang ada hari ini.

Wajar ke kita sebutkan benda ini seperti 'revival' rock kangkang?
Ayid Revenge: Yes, it's a revival. Bukan revival di mana benda itu tidak popular, tetapi dibunuh. Tapi tengok-tengok satu dunia benda itu jatuh akhirnya, secara semulajadi, kecuali kat Jepun. (Kumpulan heavy metal 80-an) X Japan dan sebagainya tu, sumber semangat juga tu. Dan sekarang satu dunia rasanya ada yang nak hidupkan semula. So di Malaysia, kami lah antara yang sungguh-sungguh mengerakkan benda ni. 'Scene' di luar (Kuala Lumpur) kuat sekarang ... macam di Sabah, Pahang ... aku pun takut (ketawa).

Jadi muzik rock kategori apa yang Revenge bawa?
Ayid Revenge: Kita main muzik rock kapak.

Siapa lagi kumpulan yang seangkatan dengan anda?

Ayid Revenge: Kita ada band macam Tornado, Reptilia, V dari Melaka, Rusty, banyak sebenarnya ... tapi somehow, chances untuk mereka main gig tu kurang. Aku boleh faham juga kenapa chances mereka kurang, sebab Revenge pun baru sahaja mula main gig-gig indie. Sebab sekarang ni baru budak-budak (penganjur indie) itu nak panggil kita kerana mereka nampak nilai nostalgia tu mungkin. Sebelum itu, kami sendiri ada anjurkan untuk 'scene'. Terbaru ni, gig 'Tribute to Rock Kangkang' (siri gig sekitar tahun 2007 dan 2008). Itu kita yang buat, dengan harapan, lama-lama hidup la benda ni.

Apa rancangan Revenge untuk menghidupkan kembali 'rock' 80-an dikalangan pendengar biasa?

Ayid Revenge: Itulah dia kita hanya mampu merancang. Revenge bermula pun dah ada plan: plan A – buat band; plan B – orang terima band; plan C – buat 'scene'; dan plan D – kita jadi the 'scene', iaitu jadikan rock kangkang itu 'scene' yang utama, yakni mainstream. Itu yang kita nak, bila orang cakap 'the next big thing is rock kangkang'. Ini langkah-langkah wawasan kita orang, so sekarang, alhamdulillah, dah sampai langkah ketiga, kita dah ada 'scene'.

Macam mana pula pendirian anda tentang penglibatan media dengan 'scene' anda ini?
Ayid Revenge: Mana-mana media, wartawan atau penulis ke yang minat nak sokong memang kita akan 'support'. Abang Rom (editor majalah R.O.T.T.W. dan orang lama rock Malaysia), contohnya, orang penting yang banyak membantu karier kami setakat ini. Sebagai orang lama rasanya dia menghargai 'vibe' Revenge dan apa yang ada pada kita. Selama dua tahun setiap bulan dia buat liputan pasal kita orang dalam majalah dia. Budak-budak luar bandar yang biasanya akan baca R.O.T.T.W., dan mereka lapar untuk pergi menonton gig. Jadi terima kasih kepada orang-orang seperti Rom juga yang Revenge agak strong di situ.

Apa beza 'indie' dan 'independent' pada anda, sebagai sebuah band 'rock' yang tidak terikat pada mana-mana kontrak?
Ayid Revenge: Indie ini start dengan OAG, semasa zaman 'underground' sibuk diwar-warkan dulu. Itu bunyi dan gaya muzik mereka, memang jadi. Sekarang semua mahu dijadikan indie. Ini tak betul. Macam Revenge sekarang, memang independent, tapi Revenge bawak muzik rock. Kita rockers. Kita tak main muzik pop. Jadi saya persoalkan benda ini, silapnya media memanggil semua artis independent sebagai 'indie'. Tak semua berbunyi indie seperti apa yang 'hit' sekarang, kebanyakkan sebenarnya masih 'rock' pada dasarnya. Benda 'indie' ini sentiasa ada, cuma sekarang ia seperti diekploitasi, itu sahaja.

Dimanakah 'rock' sekarang pada saudara?
Ayid Revenge: Rock ni muzik 'rebel'. 'Grunge' dulu pun 'rock', ia seni, cuma kita tak nampak kadang-kadang apa yang 'rock' atau 'seni' sangat tentang muzik 'indie' yang 'top' sekarang ini. Pada kita, ia cuma 'pop', memang sesuai untuk dijaja di arus perdana pun. Mana 'rebel'-nya kalau kau ajak orang ramai, 'mari suka-suka, mari bersama', dan kau tak buat orang berfikir? Itu bukan 'rock', siapa-siapa pun tahu. Lagi satu, muzik 'rock' tak pernah digunakan untuk memancing perempuan-perempuan – mereka dengar kalau benda itu 'pop'." 

Golongan mana antara yang menjadi peminat Revenge dan kumpulan-kumpulan lain seperti anda?
Ayid Revenge: Kalau kita tengok kebanyakkannya lelaki. Sebab perempuan pun 'come and go'. Diorang 'live with the trend', diorang tak perlu kisah pun. Tak salahkan boleh salahkan juga. Kita lelaki hidup dengan 'responsibility towards the music itself'. Kita bertanggungjawab kat muzik tu sendiri. Dia ibarat macam, 'kalau lu minat band rock, lu takkan minat untuk dua minggu lepas tu lu minat lain', takde punye.

Apa antara kelebihan main muzik rock kapak zaman sekarang ni?
Ayid Revenge: Revenge banyak dapat peluang dan bantuan daripada orang-orang lama sebab dalam hati mereka yang sayang muzik ini. Mereka lah yang 'rock' sebenarnya. Jadi bersyukur juga, tiba-tiba keluar rezeki ada. Ada sahaja dana-dana yang datang daripada orang-orang besar sebab mereka masih cintai muzik rock walaupun sudah berkerjaya sendiri semua. Diorang sendiri suka tengok ada band muda sambung muzik diorang.

Bagaimana pula suasana belakang tabir sebuah kumpulan seperti Revenge?
Ayid Revenge: Kita orang biasa sahaja. Semua kerja (ketawa). Kecuali (gitaris) Dodd dengan Rex hidup diorang memang gitar, dan mereka main gitar sahaja. Tapi kalau cerita kru dan 'team' kita yang kami pakai semua kita ambil yang 'purist' sahaja, ibarat 'kalau lu tak rock, lu bukan rock kapak, susah la kita nak bergerak'. Semua kena ada 'spirit' yang sama. Dan ya kami orang biasa tetapi di atas pentas, kami berikan semua – di atas itu kita orang rock star.

Baru-baru ini kembali ke arena 'GBOB', ataupun 'Global Battle of the Bands', pertandingan bertaraf dunia yang menyaksikan Revenge tampil tempat kedua di saringan Malaysia pada tahun lepas, Ayid dan rakan-rakan tetap membawa arus 'rock' kangkang/kapak mereka sekaligus mengumpul lebih ramai bilangan Revenge Army kepada perjuangan mereka.

Mungkin Revenge tidak sinonim dan "tidak ada jodoh" dengan arus perdana, tetapi ingatkah kita apa yang dikatakan tentang Search atau XPDC sebelum mereka diterima dahulu?

Jadi bagaimana – apa pendapat anda? Rockers sekalian, hadirilah konsert Revenge yang akan datang. Sambut 'single' mereka yang bakal tiba selepas Eid nanti. Mungkin tidak rugi anda kangkang dan 'head banging' bersama mereka! Tidak salah, kasi pecah!

*Anda mahu 'rock'? Ketahui info terbaru, senarai 'gig' dan juga tempat untuk mendapatkan EP 'Legends of Rock 'n' Roll', serta ikuti perkembangan kumpulan Revenge ini melalui laman mereka di 
www.myspace.com/revengers

Powered by
Google Translate
English
Albanian
Arabic
Bulgarian
Catalan
Chinese
Croatian
Czech
Danish
Dutch
Estonian
Filipino
Finnish
French
Galician
German
Greek
Hebrew
Hindi
Hungarian
Indonesian
Italian
Japanese
Korean
Latvian
Lithuanian
Maltese
Norwegian
Polish
Portuguese
Romanian
Russian
Serbian
Slovak
Slovenian
Spanish
Swedish
Thai
Turkish
Ukrainian
Vietnamese

Wednesday, August 13, 2008 
R-E-V-E-N-G-E
lagu/lirik: REVENGE

Dari Pasar Budaya
Bermimpi jadi Rock Star
Membawa khazanah cerita lama

Menongkah arus perdana
Lu kata gua gila
Gua punya suka lu peduli apa

*
Bukan satu dongeng ataupun satu fantasi
Angan Mat Jenin jauh sekali
'Kita ada misi' dan lu semua jadi saksi
This is babes, coke, rock 'n' roll... Yeahhhhhh

Yang lama yang muda
Kita kasi pecah
Sekata menghayunkan kepala

Dimaki dihina
Dihalau dicerca
Perjuangan kami baru bermula

**
Bagai petir dan guruh yang membelahi hujan
Laknat si tolol sarkas jalanan
Wahai tenteraku ini masa untuk kita
Laungkan...Jeritkan bersama..

C/O:
R-E-V-E-N-G-E
Kerana lu (rockers dan Revenge Army) kami di sini
R-E-V-E-N-G-E
Heavy Metal atau Mati!

-solo-

ulang **

ulang C/O (2x)
R-E-V-E-N-G-E
Kerana lu (rockers dan Revenge Army) kami di sini
R-E-V-E-N-G-E
Gua akan rock sampai mati!!!
Friday, December 28, 2007 

Category: Music

2005
- Battle: Blast Off 2 - Qualifying

2006
- Battle: Sound Xplosion
- Sound Xplosion Gig - Part 1
- Sound Xplosion Gig - Part 2
- World Press Freedom Day
- Thriplets Party 2006
- SAB '96 Alumni Dinner
- Road to ROTTW Soundstage
- Balst Off! 3 Auditions
- Mardi MAHA Expo
- Tribute to Classic Rock

2007
- New Year: Jam & Crash
- Tribute to the 80's
- Rise of Power Metal
- Twintech College
- 80's NEVER ENDING ROCK STORY
- Attack of Killer Band
- Fete de la Musique
- Thriplets Party 2007
- Attack of Indie Kids 2
- REVENGE Tour, KL
- Merdeka Rock Show
- International Motor Fair KLCC
- GBOB, Qualifying Heat
- GBOB, National Final
- Konsert Reunion XPDC
- ROTTWaillers' Convention 2007
- Pesta Pulau Pinang (with XPDC)

Thursday, October 11, 2007 
HEAVY METAL:
The protagonist arrives on a Harley Davidson, kills the dragon,drinks some beers and fucks the princess

GRIND METAL:
The protagonist arrives, screams something completely undecipherable for about 2 minutes and then leaves...

POWER METAL:
The protagonist arrives riding a white unicorn, escapes from the dragon, saves the princess and they make love in an enchanted forest

THRASH METAL:
The protagonist arrives, fights the dragon, saves the princess and fucks her....... easy and quick

FOLK METAL:
The protagonist arrives with some friends playing accordions,
violins, flutes and many more weird instruments, the dragon falls asleep (from all the dancing) protagonist leaves without the princess

VIKING METAL:
The protagonist arrives in a ship, kills the dragon with his migthy axe, cooks and eats it, rapes the princess to death, steals the castle and burns the place before he leaves

DEATH METAL:
The protagonist arrives, kills the dragon, fucks the princess, beats the princess, talks some shit, kills her, then leaves

BLACK METAL:
The protagonist arrives at midnight, kills the dragon and impales it in the front of the castle.....then sodomizes the princess, drinks her blood in a ritual before killing her.....then he impales the deflowered princess

GORE METAL:
The protagonist arrives, kills the dragon and revels in his guts in the front of the castle, fucks the princess and kills her....then he fucks her dead body, slashes her belly open and eats her guts, fucks the carcass for the third time, burns the corpse and fucks it for the last time

DOOM METAL:
The protagonist arrives, sees the size of the dragon and thinks that he never could beat him, gets depressed and commits suicide....the dragon eats his body and the princess as well

PROGRESSIVE METAL:
The protagonist arrives with a guitar and plays a solo for 26
minutes, the dragon kills himself out of boredom, the protagonist arrives to the princess' bedroom, plays another solo with all the techniques learned in the last year of the conservatory... the princess escapes, and is now looking for the "HEAVY METAL" protagonist

GLAM METAL:
The protagonist arrives, the dragon laughs at the guy's appearance and lets him enter, he steals the princess' make-up and tries to paint the castle in a beautiful pink color

INDUSTRIAL METAL:
The protagonist arrives wearing greasy overcoat, makes an obscene gestures towards dragon, and gets escorted out of fairy tale land by security guards.

EMO METAL:
The protagonist checks his hair and makeup and makes sure it's all black and sassy, then arrives to confront the dragon, complains about his mascara, pretends he's a vampire, cries like a bitch, does a little pit-fu to attempt to intimidate the dragon, rolls his pants legs up and runs like a girl. The princess awaits any of the other metal types.
Friday, August 31, 2007 

Current mood:  depressed
Category: Music

ROCK NEVER DIE
jika anda mahu saksikan sendiri adakah ini adalah tuduhan berasas atau tidak..dtg ke RUM JUNGLE, KL pada 1 NOVEMBER ini...REVENGE akan berentap dalam Global Battle of The Band  (
www.gbob.com). jumper di sana..

 

REVENGE diberhentikan persembahan oleh OWNER, MAGICAL THEATRE RESTAURANT, SUNWAY PYRAMID, pada awal lagu kedua, Youth Gone Wild (Skid Row)...sejurus selepas tamat lagu Legends of Rock 'n' Roll, pada sambutan malam Merdeka...


Sebab2 persembahan REVENGE dihentikan di Merdeka 'ROCK' Show:

- Owner (Melayu beragama Islam) tidak berpuas hati, atas sebab REVENGE mengadakan sesi berkabung, dan membaca Al-Fatihah selama 1 minit, kepada salah seorang REVENGE ARMY yang baru meninggal dunia 5 hari sebelum Gig itu...
- Crowd REVENGE dikatakan berpakaian selekeh dan tak senonoh
- Crowd too rowdy (dah kata Rock Show!!!)
- Crowd no manners (headbangin je pon no manners ke?)


Apa tindakan REVENGE dan REVENGE ARMY atas tindakan dihalau itu?

- The crowd shouted "WE WANT MORE", so we performed 1 song for endcore.
- Band dan crowd terus keluar, tanpa menimbulkan sebarang kekacauan
- Band bersemuka dengan Owner dan Organizer. Mencari jalan penyelesaian...

 

Lastly...

- Thanx to the REVENGE ARMY...we showed what is the beauty of Rock to people last nite....GUA CAYA LU!!
- To the organizer, AMUSEMENT IMAGE...wa caya lu..it's not ur fault...u guys did great job...lookin'  forward to play in your gig again

 


To MAGICAL THEATRE RESTAURANT...biarlah pembaca yang menentukan apa komen untuk anda


Untuk Pembaca,

terima kasih...atas kesudian anda...sila hantar comment atau mesej anda ke

www.myspace.com/revengers
atau email ke
revengerocknroll@yahoo.co.uk

 

Wednesday, July 04, 2007 

Category: Music

 

OUTLETS:

KUALA LUMPUR
- MusicZONE
, Pertama Complex
- Barcode, Pertama Complex
- Acoustic Music Station, Pertama Complex
-
Kedai Auntie, Campbell Complex
- Tools & Trade, Campbell Complex
- Nebiula, Campbell Complex
- Bau-Bau Cafe, Central Market
- OKR Combination, Central Market
- Akademi Seni Kebangsaan

SELANGOR
MusicLand, Plaza Alam Central Shah Alam
- Ranting Art Gallery, SACC Mall, Shah Alam

PENANG
- Warshoppe,
Summit Bukit Mertajam
- Music Garage, Level 2, Perangin Mall
- DB Music Center, KOMTAR

JOHORE
- Muzikbox Production, Plaza Seni, Johor Bahru 

ONLINE -
- Rock Band e-Store- url: 
www.myspace.com/rockbandestores
- Malay Propaganda Distro- url: www.myspace.com/malaypropaganda
- RDL Distr- url: www.myspace.com/darklegendzine

SINGAPORE -
- RDL Entertainment/Distro
Block 184A 05-165 Riverdale Crescen  541184 Republic of SINGAPORE
ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN +65 8146 9247