|
Monday, November 30, 2009
 |
Current mood:  satisfied
Category: News and Politics
Idam Grammy Oleh Esme Johari Wahab esme@hmetro.com.my
Reputasi 'kumpulan tidak serius' yang kerap dilemparkan kepada indie menyuntik motivasi kepada kumpulan Kuala Lumpur itu, yang popular melalui lagu Mara Bahaya, Rockera dan Freakshow, untuk melonjak lebih tinggi dalam masa beberapa tahun lagi.
Meskipun begitu dikenali di beberapa negara Asia namun Pop Shuvit menganggap perjalanan karier belum lengkap jika tidak mencapai sasaran berada dalam carta Anugerah Grammy - anugerah berprestij industri hiburan Amerika Syarikat dalam masa beberapa tahun lagi. Status kumpulan kerap menerima undangan untuk beberapa kumpulan antarabangsa di Malaysia disifatkan sebagai batu loncatan untuk merealisasi impian itu dan jarang kedengaran kumpulan Asia mencecah tahap setinggi Grammy. Sejak ditubuh sembilan tahun lalu, kumpulan diwakili Moots selaku vokalis, JD Wong (gitar), AJ (bass), Rudy (dram) dan Uno (turntables), belum puas dengan populariti sekarang. Setakat ini, kehadiran Pop Shuvit sentiasa diberi sambutan hangat membuat persembahan di Jepun, Thailand, Singapura dan Vietnam. Menurut vokalis, Moots, 30, sokongan peminat negara Asia memberi semangat baru untuk membawa cabaran melangkah lebih jauh ke benua Eropah atau Amerika yang hebat dengan kumpulan dan artis mereka. "Kami suka cabaran 'sasaran tidak realistik dan tidak masuk akal' kerana ia membuatkan kami sentiasa mencuba. Maksud saya, jika ia 'susah, berapa susah dan jika jauh berapa jauh kami hendak pergi' dan persoalan seperti itu mempunyai nilai tersendiri," katanya. Menimba pengalaman pentas bersama kumpulan Amerika pada dua siri jelajah My Chemical Romance (MCR) dan membuka tirai persembahan The All American Rejects (AAR), baru baru ini, meningkatkan prospek masa depan Pop Shuvit. "Mereka menjemput kami bersama mereka, jadi pengalaman itu membentuk persahabatan dan sokongan kumpulan yang sudah menempa nama. Ini membantu membuka ruang dan peluang menembusi pasaran antarabangsa," kata Moots. Kumpulan melambangkan identiti 1Malaysia sudah menghasilkan enam album, Take It &Shuvit, The Shuvit Remixes, Here and Now, All I Got EP, Amped & Dangerous dan Freakshow Volume One Tales of The Travelling Tunes.
Lagu Mara Bahaya yang menjadi runut filem Impak Maksima arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzari melonjak populariti Pop Shuvit.
Pengalaman menerbit album studio kumpulan baru, Stonebay dan kolaborasi bersama beberapa artis Jepun dan Puerto Rico membuatkan Pop Shuvit semakin yakin dengan kemampuan diri untuk bersaing dan bersama sama menjayakan persembahan pentas bertaraf antarabangsa.
Tahun lalu mereka bergandingan bersama beberapa artis rap utama Asia Tenggara, Ahli Fiqir (Singapura), Saint Loco (Indonesia), Slapshock (Filipina), Silksounds and Thaitanium dari Thailand membentuk kumpulan super dikenali sebagai Project EAR (Revolusi Asia Timur). Mereka membuat penampilan sulung pada Anugerah MTV Asia di Malaysia.
JD Wong berkata: "Peminat Asia suka irama dan konsep Pop Shuvit. Kami tidak mahu perjuangan terhenti di tengah jalan. Kami ada cita cita berterusan berlegar dalam fikiran.
"Buat masa ini, destinasi promosi Pop Shuvit untuk graf laluan itu adalah menembusi pasaran Australia, Eropah dan Amerika. Dari situ, banyak benda dan perkara baru lain yang tidak pernah kami lalui akan datang, mungkin politik muzik.
"Kesibukan ahli terhadap komitmen masing masing memerlukan kebijaksanaan dan perancangan supaya ia tidak sekadar impian.
"Peminat aset dan pendorong terbaik Pop Shuvit. Masih banyak perlu diteroka kerana kami tidak tahu apa menunggu di depan. Ia ibarat membuka satu demi pintu dengan seseorang tidak tahu apa ada di sebaliknya," kata JD.
Walaupun dikatakan mempunyai persamaan dengan bunyi Linkin Park atau Rage Against The Machine, Pop Shuvit, tidak kisah dengan persepsi berkenaan.
"Orang Jepun atau Thailand tidak faham lagu dan lirik Melayu dinyanyikan, tetapi perbezaan itu membuat mereka lebih suka pada kami. Permintaan sangat baik, rap hip hop ditampilkan menepati cita rasa mereka.
"Kami bangga membawa nama Malaysia dan memainkan lagu ciptaan rakyat Malaysia," kata pemain gitar berusia 30 tahun itu mengenai kumpulan dinamakan sempena satu muslihat terdapat dalam disiplin papan luncur itu.
Uno berkata: "Banyak kumpulan Malaysia boleh menjayakan konsert atau gig sendiri tanpa perlu mengharap kehadiran kumpulan luar negara. Ramai kumpulan luar mengetahui kumpulan Malaysia melalui facebook dan myspace," katanya.
Pop Shuvit dijangka meneruskan persembahan mereka di negara luar pada penghujung Disember.
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Friday, November 27, 2009
 |
Current mood:  warm
Category: Movies, TV, Celebrities
Makin ligat di luar negara Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my  SEBUT sahaja Pop Shuvit sudah terbayang dalam fikiran lagu-lagu mereka yang cukup rancak yang bergenrekan rap rock.
Namun, jika diperhatikan dengan teliti terdapat keunikan dalam band yang cukup popular dengan lagu Marabahaya itu.
Bukan sahaja lagu yang dihasilkan mereka cukup berbeza tetapi setiap anggota dalam band Pop Shuvit memang unik kerana mereka terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Moots selaku vokalis berketurunan India manakala Dj Uno (turntable), Rudy (drum) dan AJ (bass) merupakan pemuzik Melayu sementara JD (gitar) daripada keturunan Cina. Kiranya lengkap kalau diangkat Pop Shuvit sebagai band 1Malaysia.
Tertawa mendengar kenyataan itu, Pop Shuvit yang ditemui pada One Drop Perfumes Xclusive Party 2009 di Cherating, Kuantan baru-baru ini menjelaskan itu bukanlah satu perkara baru yang dilontarkan kepada mereka.
Cerita DJ Uno, sebenarnya pada awal penggabungan mereka sebagai sebuah band tidak terlintas langsung dalam fikiran ia disebabkan tentang campuran kaum. Pada waktu itu semuanya kerana muzik dan keserasian bersama.
“Kami tidak pilih ahli mesti ada Melayu, Cina atau India. Semuanya terjadi secara kebetulan bila ada orang kata band kami unik sebab bercampur-campur baru kami perasan.
“Sebab sebelum ini kami tidak fikir langsung tentang perkauman, yang penting bagi kami adalah minat yang sama terhadap muzik,” ujar DJ Uno.
Disebabkan kelebihan itu, Pop Shuvit dilihat mudah untuk mendapat peminat tanpa dibatasi kaum, namun kata Moots, kebiasaannya mereka berbicara dalam bahasa Melayu dan Inggeris sahaja tatkala beraksi di atas pentas persembahan.
“Saya rasa tidaklah sukar pun untuk menyatukan peminat kerana peminat Malaysia faham kedua-dua bahasa itu. Jika di luar negara memang kami akan bercakap dalam Bahasa Inggeris 100 peratus sebab sudah tentu mereka tidak faham Bahasa Melayu.
“Walaupun mereka tidak faham, mereka tetap menghargai muzik yang kami persembahkan dan turut meminati lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu,” ujar Moots.
 Band Pop Shuvit yang mula dikenali pada tahun 2001 dengan lagu Jump memberitahu, meskipun berbeza kaum itu bukan satu masalah besar buat mereka.
“Kami tidak pula berhadapan dengan masalah perkauman atau masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Kalau ada pun ia bertekak sebab nak memilih lagu yang terbaik.
“Bagi saya, petua setiap band untuk kekal dengan lebih lama dan berjaya dalam perjuangan muzik yang dibawakan adalah keserasian dan saling bertolak ansur. Setiap band pasti ada masalah tetapi masalah itu harus dibincangkan dengan cara yang baik. Kalau tidak kami pun tidak kekal sehingga hari ini,” tutur DJ Uno.
Saat dilontarkan pertanyaan tidakkah Pop Shuvit berkeinginan merakamkan lagu dalam bahasa Mandarin atau Tamil, hanya hamburan gelak tawa yang kedengaran daripada mereka.
Bukan kerana mereka tidak mahu atau memandang enteng bahasa lain tetapi kata mereka, jika mereka mahu merealisasikan hasrat itu vokalisnya, Moots perlu ke kelas bahasa Tamil terlebih dahulu.
“Bagus juga idea itu. Bukan kami tidak pernah fikirkannya tetapi Moots kena masuk kelas bahasa terlebih dahulu baru kami boleh rakam lagu.
“Kalau ada rezeki mungkin kami akan merakamkan lagu berlainan bahasa tetapi buat masa ini kami lebih selesa menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja,” kata Dj Uno.
 Bertaraf antarabangsa
Tidak dinafikan nama Pop Shuvit cukup harum di luar negara. Kesibukan memenuhi undangan di beberapa negara serantau Asia membuatkan band yang baru mengadakan konsert bergerak di Jepun iaitu Gangima Night 5th Anniversary Japan Tour pada Ogos lalu hilang seketika dari dunia hiburan tempatan.
Bagaimanapun, mereka tetap tidak melupakan Malaysia meskipun telah meraih populariti yang cukup besar di negara matahari terbit itu.
Tambah Rudy, kehilangan mereka daripada direktori hiburan tempatan bukan disengajakan tetapi terpaksa demi memenuhi tuntutan seorang anak seni dan dalam masa yang sama membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.
“Kami senyap bukan bermakna kami sudah tidak aktif sebaliknya kami bertambah aktif di luar negara seperti Jepun, Filipina, Indonesia dan Thailand. Rezeki kami lebih banyak di luar, kami terima sahaja.
“Tetapi tidak bermakna kami melupakan Malaysia. Bila ada penganjur yang memanggil kami mengadakan persembahan di negara sendiri kami tidak akan menolak sekiranya tidak bertembung dengan persembahan lain,” ujar Rudy.
Mereka yang muncul dengan single terbaru berjudul Oh! Sizuka kini dalam perancangan untuk melahirkan album terbaru, tetapi mengakui album terbaru bukan mudah untuk dibikin.
“Bila kami berjaya menembusi pasaran luar negara, harapan yang orang letak pada album kami seterusnya amat tinggi. Jadi kami tidak boleh buat album kerana nak cepat sebaliknya harus mementingkan kualiti terlebih dahulu.
“Kami tidak kisah ambil masa yang agak lama untuk muncul dengan album baru asalkan hasilnya nanti memuaskan hati kami serta peminat. Sebab itu kami lebih selesa keluarkan single terlebih dahulu,” tutur Moots.
 Mengakui pengalaman yang ditimba ketika mengadakan persembahan di luar negara cukup berharga, Pop Shuvit berharap lebih banyak band tempatan lain meraih peluang yang sama seperti mereka.
“Macam kami dulu, masa mula-mula muncul orang kutuk dan ada yang tidak mahu dengar muzik kami. Tetapi sekarang Pop Shuvit semakin diterima.
“Kini cara kerja kami juga berbeza dari dulu. Semua itu kerana pengalaman yang dikutip ketika di Jepun. Pemuzik di sana sungguh teliti dan mereka sangat berdisiplin. Sedangkan di Malaysia bila sebut band, masalah disiplin biasanya menjadi topik utama. Itu yang harus diubah.
“Kami tidak kata kami bagus, dulu kami pun macam itu juga. Tetapi bila tengok cara kerja orang luar baru kami perasaan apa yang perlu diubah untuk memajukan lagi Pop Shuvit. Kami berharap banyak band tempatan akan dapat rasai pengalaman yang sama,” kata Dj Uno.
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Thursday, November 12, 2009
 |
Current mood:  loved
Can you f**king believe it. RTW is back again…this time with 3 freaking stages, and 60 bands…most of them you havent heard of before…but heck…you will now. It’s just reason for you to come and boo or cheer for them. Time to show our 1 Malaysia spirit in Sunway Lagoon. Check out the flyer and announcement below from the Fatboys. HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 3 stages with more than 60 bands! Also featuring a Street Market and music clinics brought to you by the best musicians in Malaysia! It’s an event not to be missed!! —————————————————————————————— Line up is out! Love Me Butch Pop Shuvit Bunkface Robot Asmara ZEE AVI Saturnine Bittersweet John’s Mistress 7 Collar T-Shirt Republic of Brickfields Restraint Meet Uncle Hussain Monoloque Bleeding Mascara Kugiran Di Tepi Pantai Azlan And The Typewriters Brainhead Car Crash Hearts Joanna & Co Pretty Ugly Skudap Skudip The Otherside Orchestra Labrat Auburn Couple 40 Winks Free Love Y2K Second Combat Sam Kuman Stonebay Evenstarr Disagree Lurks Aku Rashdan Harith Liyana Fizi Mohd Jayzuan Azmyl Yunor Karen Nunis Blackstone Otam Sharidir & Nizam P Blindtribe Uzumaki The Times Pesawat Bo – Bedroom Sanctuary Rendra Zawawi Special music workshops by: 1. Drum workshop – John Thomas 2. Guitar workshop – Julian Mokhtar 3. Bass workshop – Ken 4. Guitar Workshop – Rithan (Deja Voodoo Spells) 5. Chiptune workshop – MN32 ________________________________________________________ Wanna perform at Rock The World? There are 6 spots up for grabs in this year’s major local rock concert! Check out www.hypptunes.com.my or www.rocktheworld.com.my for more info!
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Tuesday, November 10, 2009
 |
Current mood:  working
Category: Movies, TV, Celebrities
Hello Shuvits, We had a swell time in Cherating at Cherating last weekend. We've got something for you folks to check out. We've been friends with a certain famous magician, Cyril Takayama; who is highly regarded to be one of the best street magicians in the world. He recently came to Malaysia during Hari Raya to shoot episodes for his new show "Cyril : Simply Magic". It's an AXN original TV production, premiering worldwide on November 19th only on AXN (ASTRO Channel 701). Check out our cameo apperances during the KL segments : P.S. We're also working on a top secret collaboration with Cyril Takayama. All will be revealed in due time.
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Monday, November 02, 2009
 |
Current mood:  refreshed
Category: Parties and Nightlife
"Parti X-klusif One Drop Perfumes bersama XFM” Bunyi baru muzik Malaysia bakal bergema di Cherating
Bakat-bakat muzik terhebat akan berkumpul di Impiana Cherating pada 7 November ini untuk membuat membuat persembahan di satu pesta pantai paling eksklusif anjuran XFM dan One Drop Perfumes. Hanya 25 pemenang bakal dipilih untuk dihiburkan dengan aksi daripada Pop Shuvit, Hujan, Altimet, Pesawat, Bunkface dan Stonebay. Inilah peluang untuk pendengar XFM dan pengguna One Drop Perfumes bersantai di pantai sambil menikmati muzik daripada band-band kegemaran mereka. Mungkin inilah percutian sempurna yang ditunggu-tunggu selama ini! Untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah yang bakal mengikuti percutian ini, hanya hubungi studio XFM di sepanjang tempoh peraduan iaitu dari 26 Oktober hingga 2 November. Pemanggil pertama cuma perlu menjawab dengan tepat satu soalan mudah berkaitan XFM atau Pek Remaja One Drop Perfumes untuk menempah tempat di Cherating. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.onedropperfumes.com
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Monday, November 02, 2009
 |
Current mood:  rockin

Tuesday, October 20, 2009
 |
Current mood:  romantic
Category: Music
Hey guys...its finally here...the music video for Oh! Sizuka Directed by Nam Il Cho who also directed the Project EAR Marabahaya and Freakshow...check it out!
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Wednesday, October 14, 2009
 |
Current mood:  nostalgic

Saturday, October 10, 2009
 |
Current mood:  intense
Category: Movies, TV, Celebrities
The DiGi Music LIVE concert has a new date and venue! The All-American Rejects is going to rock the stage on Saturday, 31 October 2009 at Car Park A of Bukit Jalil National Outdoor Stadium at 6pm. The band has kept their promise to return and reverted with a new date within days of the postponement announcement. Customers, who have collected their free concert tickets, do not need to exchange them for new ones; they can use the current ticket to attend the concert. All DiGi Music Unlimited customers are encouraged to get their tickets now before it’s too late!
Important Notice: Customers who have collected their free concert tickets, do not need to exchange them for new ones. The current ticket can be used to attend the concert at the new location and date. Click HERE to check out where you can redeem your tickets while it lasts!
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
Thursday, September 10, 2009
 |
Current mood:  groggy
Category: Music
 The All-American Rejects rocked out MTV World Stage last weekend. But if you haven't gotten enough of your Tyson Ritter fix, then DiGi Music will satisfy all your cravings: they're bringing AAR back! They'll be joined by Pop Shuvit, Disagree and One Buck Short, and you can win yourself a free pass!
That's right. A free pass. All you have to do is sign up for DiGi Music Unlimited by clicking HERE to win yourself one ticket to the gig. But it's on a first come, first served basis, so you'd better hurry!
Update (3 Sep): The All-American Rejects WILL be kicking off the first DiGi Music Live Concert on 10 October 2009 at 1 Utama in Petaling Jaya. It'll be a two-and-a-half-hour concert with support from Pop Shuvit, One Buck Short and Disagree!
Now, if you had done as we told you and signed up for the amazing DiGi Music Unlimited service, you would be in the running to receive a free pass each for the concert. If you have been notified via SMS that you have indeed won a pass, you can redeem them at the New Wing of 1 Utama (near the walkway from the carpark to GSC on the fourth floor) or Sunway Pyramid (near TGV Cinema on the first floor) between 10.30am and 10pm.
If you're a DiGi customer, you can obtain your free pass as well by: (a) signing up for DiGi Music Unlimited via www.digimusic.com.my; (b) texting "ON MUSIC" to 2000; or (c) getting yourself signed up for the service at the booths in 1 Utama and Sunway Pyramid.
Date: Saturday, 10 October 2009 Venue: Central Park Avenue, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tickets: See above
Lineup: The All-American Rejects Pop Shuvit Disagree One Buck Short
For more info on how you can sign up for DiGi Music Unlimited and win yourself a free pass, head on over to www.digimusic.com.my/live.
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|
|
|
|
|
Status: Single
City: Kuala Lumpur, Tokyo, Osaka, Bangkok, Manila
Country: MY
Signup Date: 6/8/2004
|
>
|