MySpace


Warong Pak Maidin [Seri Kembangan]



Last Updated: 3/12/2008

Send Message
Instant Message
Email to a Friend
Subscribe

Gender: Male
Status: Married
Age: 24
Sign: Capricorn

City: Seri Kembangan
State: Selangor
Country: MY
Signup Date: 12/3/2006
Friday, December 15, 2006 

Current mood:  cheerful
Category: Food and Restaurants
PILIHAN BERNAS AND SINAR FM CELEBRATE MOST POPULAR RESTAURANT FOR THE MONTH OF OCTOBER

Seri Kembangan, 12 November 2006- Restoran Warong Pak Maidin di Taman Equine, Seri Kembangan telah terpilih sebagai restoran PILIHANBERNAS paling popular bulan Oktober oleh pengunjung restoran dan pendengar stesen radio Sinar Fm melalui program usahasama PILIHAN BERNAS dan Sinar Fm, iaitu "Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS".

Program radio tersebut, yang telah bermula sejak Ogos tahun ini, adalah sebahagian daripada program eksklusif "Restoran PILIHAN BERNAS", yang merupakan program perkongsian strategik PILIHAN BERNAS, restoran-restoran terpilih di Lembah Klang serta radio Sinar FM dalam usaha untuk mencari restoran kesukaan ramai yang menggunakan beras PILIHAN BERNAS, yang mana restoran tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri seperti pelbagai hidangan yang enak, suasana restoran yang selesa dan bersih serta menawarkan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga.


Sempena pengisytiharan restoran Warong Pak Maidin sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan Oktober, satu majlis makan malam yang berkonsepkan sambutan hari raya diadakan di restoran tersebut pada hari ini untuk meraikan kemenangan restoran tersebut serta lima pemenang yang telah mengundi restoran kegemaran mereka melalui sms dan borang undian yang terdapat di restoran-restoran di bawah naungan PILIHAN BERNAS. Selain daripada menerima hamper istimewa dan beras daripada PILIHAN BERNAS, pemenang-pemenang dan keluarga mereka dapat menikmati hidangan istimewa serta berhari raya bersama penyampai-penyampai popular Sinar Fm seperti Halim Othman, Abby Fana, David Low dan Wan Sharina Rahman (Rina).

"Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS" pada masa ini sedang giat mencari restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan November. Orang ramai boleh melayari laman web Sinar Fm di www.sinar.fm atau laman web BERNAS di www.bernas.com.my untuk mengetahui jika restoran kegemaran mereka merupakan salah satu daripada restoran PILIHAN BERNAS yang tersenarai dan sekaligus mengundi restoran tersebut. Kedua-dua laman web ini turut memuatkan informasi lanjut mengenai restoran-restoran yang terpilih untuk Program Restoran PILIHAN BERNAS, seperti keistimewaan restoran, lokasi restoran serta ulasan makanan daripada penyampai-penyampai stesen radio Sinar Fm.