Apa dah jadi dengan dunia sekarang? Semua memburu kuasa untuk kemegahan dan tamak haloba demi untuk kepentingan sesuatu individu/kaum/kasta/puak. Inilah akibatnya kalau racism terus berkuasa dalam benak fikiran setiap insan. Setiap manusia memang secara am nya mempunyai sifat racism, samada anda dapat mengawal atau tidak, tapi bukan untuk ditunjuk atau dipraktikkan dengan sewenang-wenangnya.
Zionis menghalalkan peperangan. Cara mereka bertindak ke atas Gaza pada saat ini seolah-olah mengajak lebih ramai lagi terrorist wujud. Mereka menghalalkan kuil dan sekolah mereka diserang dengan perbuatan mereka menyerang masjid dan sekolah rakyat Palestine. Mereka menghalalkan anak-anak mereka dibunuh dengan membunuh anak-anak rakyat Palestine. Sebagai umat islam, tindakan mereka wajib untuk ditentang oleh kita. Namun bare in mind, hal ini bukan berkaitan dengan agama sahaja (yang kita pandang sebagai tujuan utama kita umat islam) tetapi berkait rapat dengan humanity. Ini kerana, rakyat Palestine yang terkorban juga terdapat dikalangan mereka yang bukan beragama Islam (pengamal Christianity yang juga berperang bersama dengan umat Islam demi mempertahankan bumi Palestine dan keluarga mereka) disamping penduduk Israel sendiri (terdiri dari bangsa arab, mahasiswa dan bangsa jew) secara terang-terangan membantah tindakan kerajaan Zionis menyerang Gaza.
Inilah yang terhasil bila kuasa manusia dianggap sebagai kuasa terbesar di dunia ini. Aku bukan bercakap aku seorang yang kuat agama, tapi sebagai seorang Islam dan penyokong kemanusiaan, apa yang berlaku di Gaza adalah sesuatu yang menyedihkan. Sedih bila di dada akhbar dan peti televisyen menayangkan kanak-kanak yang belum kenal apa malah belum tahu membezakan baik dan buruk, terkorban dek kerana bedilan roket dari Sang Pemangsa Zionis. Lebih menyedihkan, kita di sini masih lagi berseronok bermain bunga api sambil berpesta ria melihat bunga api ketika tahun baru 2009 sedangkan rakyat Palestine hanya melihat ratusan mortar dan roked serta bom 'meyimbahi' tubuh mereka dan bumi Palestine. Apa la kudrat kanak-kanak setahun jagung yang terpaksa memapah diri sendiri dan juga ibu bapa dalam mengharungi hidup seharian mereka? Apalah dosa kanak-kanak sehingga bom datang menyinggahi tubuh mereka? Apalah BENAK dan BENGAP sangat Zionist sehinggakan kanak-kanak pun sanggup di bunuh sebagai strategi untuk melumpuhkan Hamas? WATTAFAK!!!!
Para humanitarian, anda mempunyai kuasa untuk mengubah perjalanan dunia. Jangan harapkan pak-pak arab di negara kaya minyak bertindak. Lupakan anak-anak raja di negara Teluk bercakap. Jangan ditunggu apa keputusan dari Liga Arab. Lupakan terus si bangsat George Bush. Lupakan Obama. Dia siapa? Belum lagi terbukti akan hasilnya. Gunakan kuasa kita untuk menyokong para penduduk Palestine. Sedikit sumbangan kita dalam bentuk apa cara sekali pun diharapkan setidak-tidaknya meringankan beban mereka. Anda boleh layari laman web PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) untuk langkah pertama. Atau setidak-tidaknya, panjatkan doa kepada yang Maha Kaya supaya rakyat Palestine dilindungi.
Aku pun dah tak tau dah berapa banyak blog aku tulis HANYA berkaitan dengan Palestine. Sehingga kini, 666 orang telah terkorban dan angka ini tidak seharusnya bertambah.







Moga kita semua dilindungi dan selamat dari segala bencana. Amin
Fak U Zionist! Long Live Palestine!