Manusia dicipta didunia ini sebagai KHALIFAH dibumi Allah SWT.Tanggungjawab yang agak berat jugakan sebenarnya??Sebagai seorang khalifah,kita mesti mempunyai pendirian,semangat dan ketahanan yang kuat untuk kita tempuhi pada masa sekarang dan masa-masa akan datang.Setiap aktiviti atau perjuangan yang dilakukan memang mempunyai liku-likunya tersendiri.Setiap satunya,tiada yang terlepas dari onak dan duri.Yang menentukan KEJAYAAN suatu PERJUANGAN itu adalah diri kita sendiri.Bak kata pepatah "biarkan lambat, asalkan selamat".Bila kita cuba,kita gagal,kita cuba lagi,masih gagal lagi,cuba lagi..tetap gagal!!..tetapi KEGAGALAN YANG SEBENARNYA bile kita berhenti mencuba!Persis sifat seorang khalifah dimuka bumi ini,tiada erti PUTUS ASA dalam membuat sesuatu.Insya-Allah,Tuhan akan bantu kalau niatnya baik.Aku bukannya seorang USTAZ atau PAKAR MOTIVASI mahupun PROFESSOR.Malah aku juga bukan seorang yang sempurna yang tak lari dari membuat dosa dan noda.Aku sekadar menjalankan tugas sebagai khalifah dan juga peringatan kepada diri sendiri dan umat manusia..Wallahua'lam Bissawab..peace and love -ajantaro- =)