Salam Romancesan Semua...Romancesa juga seperti mana kamu semua dan juga seluruh duniasangat bersedih melihat keadaan yang menimpa bumi Palestine amnya dan Gaza khususnya. Kekejaman tentera Israel sangat - sangat tidak bolehditerima, melanggar perikemanusian dan moral. Sasaran mereka bukan sajatentera Hamas malahan kanak - kanak, wanita dan orang tua yang tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka.
Boleh dikatakan apa yang dilakukan Israel sama seperti mana Hitler melakukan "genocide" kepada kaum Yahudi. Tindakanini sangat tidak munasabah kerana siapa mereka untuk menghapuskan bangsan lain?Adakah mereka merasakan diri mereka Tuhan dan boleh membuat sesuka hati mereka?Marilah kita berdoa dan membantu Palestine dengan cara kita termampu.
Oleh itu Romancesa selaku sebuah kugiran bebas telah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Palestine yang bertajuk "Kisah PIlu" yang menceritakan penderitaan rakyat Palestine. Mungkin lagu ini tidak mempunya seni kata yang hebat, jauh sekali nak sampai susunan lagu tahap Maestro,permainan gitar tahap virtuoso dan juga vokal selunak suara Siti Nurhaliza, TETAPI inilah karya yang terhasil dari jiwa kami , mengalir ke tekak dan gitar kami...merintih agar Palestine mendapatkan kemerdekaan mereka kembali. Selamat mendengar...
P/S: Sebuah lagi lagu kami dalam bentuk paling "raw jugak sudah diupload...yang bertajuk "Ku Ingin"...a fast and catchy song...Sabar menanti versi yang lebih sempurna ya, huhu...