 |
| |
| 12.04.2006 | PENULIS: SOUNDMASTER |
| |
|

|
|
MELODI METAL INDERA KAYANGAN |
| |
|
HEGYRA yang berasal dari Kangar, ibu negeri Perlis Indera Kayangan mendefinasikan muzikal bawaan mereka sebagai Tragic Melo-Drama Death Metal atau dalam bahasa melayunya mengikut yang tercatat di laman myspace mereka disebut Kematian Melodi Tragik Dramatik. HEGYRA yang bermaksud hijrah telah melalui fasa perubahan line-up setelah kelahiran demo "Indelible Imprint" pada 2002, kini dianggotai oleh Lee (vokal), Younz (gitar utama), Chiken (gitar kedua), Ardeal (bass) dan Yasser (dram). Selepas senyap buat seketika, HEGYRA bakal kembali memeriahkan persada muzik metal tanahair bilamana diberitahu akan meriliskan produk rakaman terbaru serta beraksi di beberapa gig. Kita ikuti maklumat lanjut dan perkembangan semasa HEGYRA melalui wawancara eksklusif ini… |
| |
|

|
| |
|
Apakah kata-kata aluan untuk semua pembaca? Selamat sejahtera semua peminat muzik.
Boleh story sikit pasal line up dan instrument yang korang main? Line kami yg terbaru: 1) Lee: vocal 2) Younz: 1st guitar 3) Chiken: 2nd guitar 4) Ardeal: bass 5) Yasser: drum
Macammana bolah dapat nama band ni? Story sikit pasal sejarah kemunculan band ni? HEGYRA dalam Bahasa Inggeris bermaksud 'hegira' atau dalam Bahasa Melayu 'hijrah'. Kami semua berasal dari band-band yang lain. Muzik konsep pun genre-genre lain. Dahulunya kami memilih nama Indelible Imprint sebagai nama band. Lepas tu barula tukar kepada Hegyra sempena penghijrahan kami dari band-band lain masuk ke band ni.
Adakah korang mempunyai stuff sendiri? Boleh ceritakan sedikit mengenai stuff korang? Kami dah ada satu Pro-Demo CD bertajuk 'Indelible Imprint'. Rilis pada hujung tahun 2002. Demo ini direkod di 101 STUDIO Kelana Jaya. Memuatkan lagu sebanyak 4 track. Selama satu jam.
Adakah anda berada dibawah mana-mana label sekarang? Masih belom ada.
Selalunya siapa yang mencipta lirik? Dan kebanyakan lirik menceritakan tentang apa? Lirik dicipta oleh vokalis lama kami, Ku-riy. Mengisahkan tentang soal duniawi.
Selalunya di studio mana korang jamming dan membuat recording? Masa mula-mula dulu kami selalu jamming di Metal Kayangan Studio. Sebelum rilisnya Pro-Demo CD itu, kami pernah juga buat rehearsal demo. Rekod di Time Tunnel (Alor Setar). Dalam bentuk kaset. Dan hanya disebarkan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.
Apakah perkembangan terbaru korang? Kami sudah mempunyai 4 lagu terbaru, dan tengah mengumpul dana untuk masuk rekording. Dan kami tengah survey untuk memilih studio yang terbaik untuk rekod lagu-lagu terbaru kami.
Macam mana supporter untuk band korang? Supporter kami hanya daripada rakan-rakan kami yang terdekat. Kalau ada lain daripada itu kami amatlah tidak tahu. Kalau ada, kami memang berasa amat terharu dan kami berjanji akan terus berkarya untuk santapan telinga peminat-peminat metal.
Boleh ceritakan sedikit pasal scene di tempat korang? Kami semua berasal dari Perlis. Scene di Perlis teramatlah muram sekali. Oleh kerana mungkin ramai penggiat muzik banyak yang keluar ke kota-kota besar untuk mencari rezeki ataupun masih belajar, menyebabkan yang tinggal di Perlis hanyalah segelintir penggiat seni, orang-orang tua dan budak-budak sekolah.
Berapa banyak gig yang pernah korang main dan dimana yang cukup bermakna bagi korang? Tak banyak gig yang kami pernah main… mungkin dalam 12 ataupun kurang dari 15. Maaf kerana tak ingat sangat. Tapi banyak gig yang kami main adalah di Kuala Lumpur.
Selain dari band korang, adakah terdapat band lain di tempat korang yang bermain muzik seperti korang main? Kurang pasti, kebanyakan band di tempal asal kami tidak main metal. Kalau ada pun mungkin mereka lebih suka menyembunyikan diri. Mungkin kerana malu ataupun tidak suka untuk menunjukkan diri. Oleh sebab inilah juga scene metal di Perlis terlalu suram. |
| |
|

|
| |
|
Band mana yang menjadi influence korang dan boleh nyatakan mengapa? Rata-rata setiap ahli band Hegyra memilih lagu-lagu dari PROTOTYPE sebagai halwa telinga setiap hari. Mereka mempunyai banyak idea dalam menggubah riffing yang 'fresh'. Tidak terlalu tipikal. Tapi dari segi peribadi, aku memilih Rotting Christ.
Apakah perjuangan anda dalam muzik, adakah sekadar bermain muzik? Perasaan kami terhadap muzik, terutama metal ini teramatlah mendalam sekali. Walaupun kami semua begitu sebok dengan urusan sendiri, tapi kami akan tetap mempunyai masa untuk mencari idea-idea untuk lagu-lagu santapan para pendengar.
Pada masa sekarang banyak band-band baru yang wujud, apakah kesan apa korang? Apabila banyak band-band baru yang wujud, tentu akan muncul persaingan. Setiap band akan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan sentiasa mencari kelainan. Bagi kami ia adalah satu persaingan yang baik.
Setakat mana anda menyokong industri muzik mainstream dan underground? Walaupun setiap ahli band kami bukanlah penggiat ataupun penggerak industri muzik underground yang disegani ataupun dikenali ramai, kami tetap menyokong untuk menghidupkan scene muzik kita ini. Nasihat kami kepada rakan-rakan semua, rajinlah pergi ke gig. Janganlah terlalu lokek untuk membeli tiket di setiap gig. Supportlah band-band underground/indipendent dengan membeli CD mereka ataupun baju/stuff mereka. Jangan hanya mengharap benda yang 'free'. Inilah penyakit industri underground/indipendent kita.
Sekiranya diberi peluang untuk bermain gig dengan band luar negara, band mana yang korang pilih? PROTOTYPE.
Pada masa kini scene underground mendapat kritikan dan hentaman hebat dari pihak media, apa komen korang? Bagi kami, ini semua macam musim. Di Malaysia kita ada musim durian, mangga dan sebagainya. Begitulah media kita. Ada musim dia nak hentam artis popular, dan ada pula musim dia nak hentam budak-budak underground. Dituduhnya sampai bukan-bukan. Satu-satunya sebab scene kita mudah diganggu sebab scene kita tidak kuat. Dari segala segi terutama sekali dari segi kewangan. Puncanya adalah kerana penyakit 'free' itu tadi. Jika kita mempunyai organizer-organizer yang mempunyai dana yang besar, mungkin mereka boleh menggunakan wang yang lebih untuk mendapatkan servis security yang penuh dari pihak berkuasa, disamping dapat menutup mulut media-media ini.
Boleh ceritakan pandapat korang mengenai isu semasa seperti black metal, dadah, rogol? Dadah, rogol semua berpunca dari keretakan rumah tangga. Tetapi black metal pula berpunca dari kesalahfahaman terhadap muzik dan ideologi. Isu ini rasanya tidak perlu untuk diperkatakan lagi. Runsing dibuatnya nanti… haha.
Story sikit pasal masa depan dan projek korang? Kami akan buat banyak lagu-lagu yang menarik untuk peminat-peminat muzik dan metal terutamanya.
Kata-kata terakhir dari korang? Supportlah scene underground/indipendent kita… Inilah masanya kita untuk berubah.
Terima kasih kerana sudi menjawab interview aku? Sama-sama… |
| |
|

|
|
www.myspace.com/hegyra |
11:40 AM
Powered by  | | English | | Albanian | | Arabic | | Bulgarian | | Catalan | | Chinese | | Croatian | | Czech | | Danish | | Dutch | | Estonian | | Filipino | | Finnish | | French | | Galician | | German | | Greek | | Hebrew | | Hindi | | Hungarian | | Indonesian | | Italian | | Japanese | | Korean | | Latvian | | Lithuanian | | Maltese | | Norwegian | | Polish | | Portuguese | | Romanian | | Russian | | Serbian | | Slovak | | Slovenian | | Spanish | | Swedish | | Thai | | Turkish | | Ukrainian | | Vietnamese |
|